09 November 2009

UNISEL Sport Recreation Club (USRC) da hampir berjaya! (Episod 1)

Assalamualaikum...
Setelah hampir satu semester untuk cuba menubuhkan kelab yang julung-julung kali ada di UNISEL kampus Shah Alam, skrg hanya tinggal fasa terakhir penubuhannya! walaupun bukan yang pertama kelab yang cuba ku tubuhkan...

Sebelum ni, BIOMESTA telah menjadi tempat ku mewakili pelajar fakulti yang ku berada skrg. banyak je yg tak terbela... Oleh kerana "kacang lupakan kulit", orang2 yg ku percaya untuk membangunkan persatuan ni, telah menghampakan ku sehingga ku terpaksa undurkan diri tak lama lg...

Akan tetapi, seorang insan yg ku jumpa telah menyatakan hasrat untuk menubuhkan kelab sukan. Jiwa ku telah disuntik semula untuk bergiat aktif kembali dlm "politik" UNISEL yg tak byk berbeza drpd dunia politik di luar sana. Insan ni telah memberitahu yg dia telah melantik 2 orang untuk merealisasikan impiannya itu... tapi, kertas kerja dan orang yg tidak cukup menjadi halangan bg 2 orang ni... Selepas itu, setelah mereka berdua mendengar yg insan itu telah memberitahu ku untuk menubuhkan kelab sukan, mereka telah memberi sokongan 100% kpd ku!

Bermulanya semester Ogos 2009 (1/09/10), ku mengorak langkah untuk memulakan kertas kerja kelab ni... dengan bantuan rakan2 seperjuangan ku, setelah hampir ke final exam, akhirnya telah dihantar dan tunggu untuk di"endorse" oleh pihak atasan... Penantian yg amat "crucial" bg ku kerana ni lah "masterpiece" yg dihasilkan oleh orang2 yg ku benar2 percaya akan mereka... Setiap orang nye idea dicurahkan untuk menjayakan kelab ni tak mahu ku lihat menjadi sia-sia... oleh itu, perlu ku perjuangkan supaya tidak kecewa mereka ni... Tidak lupa juga kekangan2 dan halangan yg dirempuh termasuk nama kelab yg dikatakan "meniru" suatu badan pelajar eksekutif di UNISEL ni. Akan tetapi, setelah berjumpa seorang insan lain yg menduduki tangga ke-3 teratas di sini, kami dpt mengekalkan dgn syarat perlu menambahkan huruf di dlm logo supaya tidak berlaku kekeliruan...

Dengan bertemakan warna Merah, Hitam dan Putih dan laungan "Aim For The Sky!", kelab ni ku pertaruhkan utk mendpt sambutan yg hangat di sini supaya dpt la sejajar dgn "Majulah Sukan Untuk Negara". Ramai yg ingin mengembangkan bakat bersukan yg diasah ketika sekolah, ingin juga mereka melihat sejauh mana boleh dibawa bakat itu di peringkat universiti...

Stakat ni yg dpt diluahkan buat masa ni... tunggu episod ke-2 untuk mengikut perkembangan kelab ni... Dengan harapan kelab ni dpt berkembang sayapnya sehingga menjadi suatu majlis sukan satu hari kelak...




Aim For The Sky!!!

0 tH0ugHTs oF oTheRs:

Post a Comment