23 November 2009

Any reasons why i am kicked out of student's activity...?? anyone can answer??

Ku ingin berkongsi cerita tentang sebuah kisah b0ss baru yg ingin membuat perubahan mendadak sehingga ramai yg mula membangkang... adakah perubahan itu membawa kebaikan atau keburukan? Bg ku, tak membawa faedah kepada pelajar dan tak membela nasib pelajar...

kalo dikatakan MPP atau Majlis Perwakilan Pelajar, sepatutnya badan eksekutif pelajar ni lah yg membela hak pelajar supaya tidak ditindas oleh penghisap2 kesempatan di sesebuah universiti... Pelajar berhak menyuarakan pendapat dan ketidak puas hatian supaya sama2 dpt memperbaiki taraf universiti itu sendiri... Akan tetapi, apabila MPP bertukar maksud menjadi Majlis Perwakilan Pengurusan, di mana pelajar perlu menyalurkan suara mereka? Di mana wakil2 pelajar ni pergi kalo mereka menjadi wakil pengurusan di mana lebih menyusahkan para pelajar yg belajar...?? Mereka langsung tidak peka akan masalah pelajar, yakni rakan2 seperjuangan mereka itu sendiri... hadapi kenyataan lah wahai pucuk pimpinan pelajar, bahawa tak ada sesiapa yang mengundi kalian, akan tetapi hanya memenangi kerusi umum dan fakulti itu dengan hanya perlantikan... Sekarang baru ku faham mengapa mereka menjadi wakil pengurusan. Ini kerana mereka dilantik oleh pengurusan untuk mewakili mereka dan berselindung di sebalik nama wakil pelajar...

Akan tetapi, berita baik menyusul iaitu pembubaran MPP untuk memberi laluan kepada proses pengundian kerana penggal mereka da expire... dengan harapan, turun je mereka yg menjadi wakil pengurusan ni, dapat memberi laluan kepada WAKIL PELAJAR yang sebenarnya...

Kalo kisah HEP pula, sejak pertukaran kuasa antara kepala yg lama kepada kepala yg baru... Pada awalnya, dia amat mengambil berat tentang pelajar dengan cara bertanyakan tentang kemahuan pelajar... (bukankah itu kerja MPP?? fkirlah sendiri...). Akan tetapi, makin lama makin naik lemak... kalo die tak suka, tak ley buat... kalo die nk nasihatkn org, she expects us to follow her sayings... sumenye bergantung kepada dia... termasuklah dengan aktiviti pelajar... Contohnya, kalo dia tak suka kepada ku, ape2 yang bekaitan dengan ku dan aktiviti pelajar, kene Barred atau Banned... serta-merta tanpa kompromi dengan tangannya sendiri menyingkirkan ku dr aktiviti tersebut... salah satu contoh seperti Fasilitator Minggu Tekad Siswa dan Penubuhan Kelab Sukan... Sedarlah diri wahai kepala baru, anda bukan seorang student untuk memancung aktiviti kami pelajar di sini... anda bukan seorang pelajar untuk melakukan perubahan kepada kami pelajar di sini. kami di sini mengamalkan DEMOKRASI, bukan AUTOKRASI di mana setiap kata-kata mu perlu diikut oleh kami... jangan pula berputih mata jika ada reformasi baru dijalankan di sini tak lama lg...

Adakah ku di Banned kerana menjadi seorang yg outspoken...? adakah kata-kata dan pendapat ku tidak penting...? adakah ku tidak layak untuk menyuarakan suara2 yg tidak kesampaian untuk didengari...? Kalo la MPP betul2 berfungsi seperti tertera di nama majlis itu, kemungkinan besar ku juga akan berdiam diri... Kenapa ku menukar parti drpd penyokong kepada pembangkang di sini...? kerana penyokong sudah lupa daratan dan bongkak dengan pangkat dan kuasa yg dimiliki mereka, menyalah gunakan kuasa yg dimiliki demi kepentingan sendiri, bukan kepentingan pelajar yg terdiri drpd rakan seperjuangan mereka...

I'm sorry if my words hurt somebody, but it is for our own good... kita tak akan maju sekiranya tak ada yg tampil untuk mengkritik... bak kata pepatah, "seorang kawan yang baik berani menegur jika dia membuat suatu kesalahan."

0 tH0ugHTs oF oTheRs:

Post a Comment