11 September 2010

Selamat Hari Raya AidilFitri...!

Selamat Hari Raya AidilFitri! di sini ku ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf zahir dan batin, dari hujung rambut ke hujung kaki, yang terkumpul dari dulu sampailah ke waktu ini...

Seperti bias, pagi raya akan ke masjid untuk solat hari raya (kalau sempat... =p)... selepas itu, terus ke rumah tok di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal, Sungai Petani..... sesudah sampai, menziarah kubur arwah tok wan ku yg sudah lama meninggalkan dunia ini... tahun ni, genap 20 tahun ketiadaannya... itulah orang yg paling ku ingin berjumpa, tp tak kesampaian... hanya 1 tahun saja dpt bersama dia...

selesai di sana, balik rumah dan bersiap untuk ke Alor Setar pula. Selalunya, raya pertama akan berada di rumah saja untuk melayan tetamu yg datang menziarah... hingga malam melayan tetamu, akan bermula sesi mengemas rumah... hehehe.....

raya kedua pula, turn kite0rg pula g beraya... hehee.... pada hari ini, breakfast tidak perlu kerana hendak menyimpan perut untuk makan di rumah sedara mara... hehehe.....

selepas itu, hari ketiga dan seterusnya, berlangsung seperti hari biasa... kalau rajin, buat openhouse... kalau tak, ku merayau ke rumah member2 yg da lama tak jumpa...

tp plg bes nye kalau fon xberhenti menerima mesej raya.. dr mlm sblm raya smpai raya pertama, masih lagi menerima... malangnye, takde kdt untuk balas... hehehe... tapi, ad satu mesej paling bes pernah dapat berbunyi sprti ini:

Seiring salam seharum ganja,
Kasih diberi sehening Whisky,
Dengan hati seputih shabu,
walaupun dosa sekecil extacy
mahupun sehalus serbuk kokain,
Maaf dipinta zahir dan batin,
Selamat Hari Raya AidilFitri


Satu lg mesej ini simple dari Manager tmpt ku kerja:

Hari-hari makan Nando's Peri-peri
Selamat Hari Raya AidilFitri

Maaf Zahir dan Batin


hehehe..... sekian dulu yeeee..... =D