19 August 2010

Kisah sedih, duka dan ceria Telefonku...



Salam ku ucapkan kpd blogger2 yg tegar... maafkan ku atas ketidakhadiranku di sini untuk bercerita...
Sekarang ni adalah masa yang amat sesuai untuk menukar telefon bimbitku ini kerana telefonku terlibat dengan kemalangan ngeri akibat merajuk denganku di atas niatku untuk membeli yang baru... Dia punya merajuk sampai ke tahap melakukan adegan lasak dan ngeri sehingga terjatuh dari motor dan terhempas di atas batu jalanan yang keras di hadapan Monfort Boys Town (belakang Politeknik Shah Alam tuuuu)...

Ku tidak sedar akan kejatuhannya sehingga ku sampai di Nando's... Apabila ku ingin keluar untuk membuat penghantaran makanan, baru ku sedar yang telefonku sudah tiada lagi.... Ku membuat laporan kepada ibunda ku yang berada d
i rumah da meminta tolong beliau untuk menjejak semula telefonku itu... setelah membuat siasatan penuh terhadap kes kehilangan itu, ku berjumpa seorang saksi yang kebetulan berada di tempat kejadian... Beliau telah menyimpan telefonku itu sehingga ku sampai... Alang2 membuat penghantaran di Kelab Golf di Sek.13, ku terus memecut kearah saksi itu... beliau telah menyerahkan telefonku, cuma tinggal body, SIM card dan Memory card ku sahaja yg terselamat... syukur dapat berjumpa dengannya semula... dia sakit tenat, dan masih lagi berada di wad ICU... Ku sedih kerana telefon itulah yang ada bersama2 ku ketika ku susah dan senang...

selang 2 bulan, ku mencari penggantinya... teramatlah susah untuk mencari pengganti yang sesuai... akan tetapi, ku jumpa juga pengganti yang sesuai... Minggu lepas, berbekalkan duit gajiku dengan bantuan PTPTN ku, dapat juga
ku beli itu telefon... hatiku girang sekali! dan sekarang, bermulalah kisah baruku bersama telefon ku ini... sehingga masa yang sesuai, ku akan merawat telefon lamaku dan gunanya semula...

jangan risau wahai Nokia 6300, kamu bakal ku guna semula... wahai Samsung S5620 Monte, kamu dihatiku sekarang... =)





p/s: bes kan bahasa ku kali ni... sudah lama ku tidak menggunakan bahasa sebegini rupa... haha!